Wednesday, June 2, 2010

BOIKOT AMERIKA. ISRAEL DAN SEKUTUNYA.

MEMBANGUN EKONOMI UMMAH FARDHU KIFAYAH BAGI UMAT ISLAM.
Allah berfirman : ' Akan ditimpa kehinaan bagi mereka itu di mana sahaja mereka berada melainkan mereka menghubungkan diri dengan Allah ( HablumminAllah ) & menghubungkan diri dengan manusia ( Hablumminannas ) ' Al-Imran 112.

Hubungan dengan Allah meliputi persoalan Fardhu Ain. ( Rukun Islam dan Rukun Iman ). Hubungan dengan sesama manusia berkaitan dengan sistem hidup dan pembentukan masyarakat Islam. Maknanya masyarakat Islam ini terbina di atas paksi kekuatan Iman iaitu hubungan manusia dengan Allah. Hubungan ini dijalin dan dibentuk berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Ramai orang terlepas pandang. Menyangka dengan beribadat bersendirian tidak campur hal masyarakat ia sudah selamat. Silap besar tu. Allah berfirman : ' Akan lahirlah kerosakan didaratan dan lautan hasil daripada tangan-tangan manusia itu sendiri ' Ar-Rum ayat 41.

Contoh bila kita nak solat. Baju, Kain pelekat, telekong, sejadah dll yang kita pakai mestilah suci dan bersih. Sudah pasti bahan-bahan mentah seperti kain dikeluarkan oleh sebuah kilang. Andaikata insan kita telah terbangun dengan didikan iman, sudah tentu kita inginkan pakaian yang dibawa dalam solat hasil daripada saudara-saudara Muslim kita. Jika takde orang Islam yang mempunyai kilang tersebut. Ianya akan menjadi Fardhu Kifayah terhadap orang-orang Islam untuk melaksanakannya. Berdosalah umat Islam kawasan tersebut.

Walaupun hubungan kita dengan Allah cantik tetapi jika sistem kehidupan dan eknomi tidak dijalankan, maka ia menjadi sia-sia. Ini baru pasal pakaian. Makan minum kita? pembelajaran kita? Makanan kesihatan yang kita ambil? Dan seluruh aspek kehidupan kita? Kenalah peka dan halusi setiap perkara. Ini sampai surau dan masjid tempat kita ibadah pun orang bukan Islam yang membinanya. Amat menyedihkan.

Mana perginya maruah umat Islam sehingga seluruh hidupnya diatur dan dicatur oleh sistem dan orang yang bukan seagama dengan kita. Ternyata menyimpang dari landasan sebenar iaitu ajaran Islam yang suci & murni. Benci Israel tapi dalam diam-diam beli produk USA, Austaralia dll. Duit kita dibeli senjata tembak orang Palestin. Amerika merupakan penyumbang terbesar dana kepada rejim Israel.

Cuba kita lihat apa yang kita pakai seharian. Berapa peratus barangan atau produk Islam yang kita gunakan? Tengok pula program TV, berapa peratus siaran Islam yang kita tonton? Begitu juga buku, majalah, akhbar yang kita baca. Tak sampai 30%.

Apabila pasaran barang-barang dikuasai, umat Islam akan memegang punca putaran kewangan. Turun naik ekonomi dunia berada ditangan kita. Maka ini adalah alat didalam membangunkan matlamat iaitu menegakkan hukum dan syiar Allah dimuka bumi ini. Firman Allah:

' Barang siapa yang membesarkan syiar Allah sesungguhnya itu daripada hati yang bertakwa' ( Haj : 32 )

Inilah yang memerlukan kita berhijrah dari menggunakan produk non-muslim kepada menggunakan hasil-hasil barangan keluaran umat Islam. Mulakan sekarang sebelum ianya merosakkan diri kita, dunia kita dan akhirat kita.

Kesedaran untuk memajukan ekonomi Ummah merupakan tanggungjawab setiap Muslim. Bagi orang-orang Islam tanggungjawab ini merupakan Fardhu Kifayah ke atas mereka. Dan ini memerlukan penyertaan yang berkesan dari kalangan yang berpendidikan dan berkebolehan. Bagi menghadapi tuntutan zaman. Sektor ini hendaklah diusahakan secara komersil dengan menggunakan kemahiran-kemahiran disegi ilmu sains dan perniagaan.

Orang Islam akan menjadi umat yang mulia jika mereka dapat menguasai bidang ini dan menjadi pembekal utama didalam masyarakat. Sebaliknya mereka akan menjadi manusia yang gagal didunia dan akhirat sekiranya mereka hanya menjadi golongan pengguna atau pekerja yang mengusahakan sumber alam sekadar sara diri sahaja, tanpa berjaya memberi khidmat yang berkesan kepada orang lain.

' Sorang mukmin terhadap mukmin lainnya seumpama bangunan, saling mengukuhkan satu dengan yang lain. ( Kemudian Rasulullah s.a.w. Merapatkan jari-jari baginda ' ( Mutafaq Alaih.)
Layari http://rahsiagenius.blogspot.com Tok Siak 019-2535755

No comments:

Post a Comment